Posts

Showing posts from 2017

PENDERITAAN RESDUNG BERTAHUN-TAHUN KINI BERAKHIR

Image
Assalammualaikum. Anda resdung dan batuk-batuk, kerap bersin, rasa tak bermaya dan tak sedap badan? Bangun pagi je dah mula rasa sakit kepala dan rasa berat dibahagian kepala. Arrrgghh, tak bestnya macam ni. Jadi jom la ikhtiar untuk selesaikan masalah ni. Tak tahan la, tak tahan. Sampai bila nak nak macam ni. Jangan putus asa untuk rawat penyakit resdung ni. Jom baca perkongsian daripada Puan Norhafizah Zamri tentang resdung yang berjaya dia atasi. Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi. Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan. Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang da

MASALAH HAID TIDAK TERATUR DAPAT DIATASI

Image
Aduh! Period tak datang-datang lagi ni. Setahun tu boleh dikira dengan jari hanya berapa bulan saja datang, kemudian berhenti lama. Ada yang sampai setahun tak datang. Macam main-main pula, kejap datang kejap tak datang. Antara punca haid tidak teratur ialah penambahan berat badan secara mendadak atau penurunan berat badan secara mendadak. Selain itu tekanan emosi disebabkan masalah peribadi atau masalah ditempat kerja. Pengambilan ubat seperti pil perancang kehamilan juga penyebab masalah haid tidak teratur. Bukan anda seorang saja tau yang mengalami masalah haid tidak teratur ini, ada juga wanita lain diluar sana yang mempunyai masalah seperti anda. Contohnya, Puan Rozila Ramli. "Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.  Masalah yang saya hadapi sejak dari b

TIDAK SEDAR JANGKITAN KULAT DI FARAJ

Image
Assalammualaikum. Kita tidak sedar lebihan lelehan di faraj boleh menyebabkan jangkitan kulat. Bahaya tau bila kita tidak merawatnya dengan segera. Jangan anggap lebihan lelehan di faraj tu perkara biasa. Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh sejenis kulat Candida sp yang membiak di kawasan yang panas, lembap dan gelap. Jangkitan kulat bukanlah penyakit kelamin. Kulat ini muncul secara semula jadi di faraj semua wanita tetapi menimbulkan gejala klinikal bila persekitaran di faraj berubah. TANDA-TANDA JANGKITAN KULAT 1) kegatalan pada vulva 2) discaj dari faraj ('white curdy discharge' atau seperti yogurt) tidak berbau. 3) pedih dan kemerahan pada vulva 4) pedih dan kemerahan pada faraj 5) sakit semasa hubungan kelamin 6) pedih semasa buang air kecil FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK KEPADA JANGKITAN KULAT 1) kehamilan (memang biasa berlaku lelehan) 2) penyakit kencing manis (sumber gula yang tinggi) 3) antibiotik tertentu (spektrum luas) 4) steroid / ubat immuno-s

LELEHAN DI FARAJ NORMAL ATAU ABNORMAL

Image
Assalammualaikum. Wanita mengalami keluarnya lelehan daripada faraj itu normal atau abnormal? Jangan risau, itu perkara normal bila keluarnya lelehan daripada faraj.Setiap wanita mengalaminya. Yang menjadi berbahayanya bila lelehan tersebut adalah abnormal. Apa itu lelehan faraj? Menurut Dr. Komathy Thiagarajan, doktor perbidanan dan sakit puan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga serta Negara (LPPKN), lelehan faraj didefinisikan sebagai cecair yang keluar dari faraj yang mengandungi rembesan kelenjar-kelenjar pada faraj, serviks dan rahim serta sel-sel mati yang berubah-ubah dari segi konsistensi (pekat atau cair), warna (jernih atau keruh) dan bau (tidak berbau atau berbau). Semua wanita dalam usia reproduktif mengalami lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya yang berubah-ubah sepanjang tempoh kitaran haid bergantung pada paras oestrogen dalam darah. Lelehan normal - akan bertambah sekitar waktu s

RAHSIA KEMBALIKAN KULIT REMAJA

Image
Assalammualaikum. Hari ini wafa nak kongsikan macam mana nak dapatkan rahsia kecantikan kulit agar kembali remaja. Nak cantik kena jaga pemakanan kita juga. Bukan hanya rawat pada muka saja tapi kena juga rawat dari dalam. Nah, baru la kulit cantik, sihat dan kembali remaja. Perempuan mana yang tak suka cantik kan? Sebelum itu, jom kita dapatkan rahsia Puan Nurul untuk kembalikan kulit remajanya yang pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia. "Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini. Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat, tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang. Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang. ✔ ESP Shaklee ✔ Vitamin C ✔ Vitamin E Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E sebagai mask

KULIT LEBIH CANTIK MAKAN TOMATO

Image
Assalammualaikum. Nak tahu rahsia awet muda? Rahsianya ialah makan tomato mulai hari ini. Kulit akan lebih terjaga dan semakin cantik berseri. Haa, suka kan? Kumpulan pengkaji dari British Society for Investigative Dermatology dari gabungan Universiti Manchester dan Newcastle mendapati bahawa dengan makan lima sudu sos tomato setiap hari akan membantu memperbaiki tekstur kulit dan melindungi dari sinar ultra. Kajian ini juga membuktikan bahawa tomato merupakan agen makanan yang sangat berkesan untuk mencegah penuaan malah bermanfaat kepada pesakit-pesakit kanser. Kandungan antioksidan didalam tomato iaitu likopen ini ditemui didalam tomato dan berperanan memberikan manfaat kepada kulit. Kandungan penting dalam tomato juga mencapai kepekatan optimum apabila dimasak dengan betul. Malah antioksidan itu juga akan membantu mengurangi risiko penyakit kanser prostat bagi lelaki. Kesimpulannya, para pengkaji menyatakan zat antioksida pada tomato boleh memberikan perlindungan kepada

MASALAH PERTUTURAN SEMAKIN PULIH

Image
Assalammualaikum. Untuk pengetahuan semua, strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahasa menyebabkan kesukaran membentuk bunyi yang difahami orang lain. Jadi, jom kita ikhtiar untuk masalah pertuturan ini semakin pulih agar kita mudah berkomunikasi dengan insan tersayang. Hari ini Wafa ingin kongsikan bagaimana Puan Hafza membantu suaminya yang mempunyai masalah pertuturan dan semakin pulih. " Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih. . Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu. . Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepa

7 PENYEBAB RAMBUT ROSAK

Image
Assalammualaikum. Hari ini Wafa nak kongsikan tentang topik rambut. Ramai yang ingin tahu punca rambut rosak kan? Seperti yang kita sedia maklum rambut merupakan mahkota wanita yang berharga dan perlukan penjagaan rapi. Rambut yang tidak sihat boleh menjejaskan peribadi seorang wanita. Kini di pasaran terdapat pelbagai produk untuk penjagaan rambut bagi mengatasi masalah rambut rosak. Tiada alasan lagi untuk membiarkan sahaja rambut sedemikian rupa. Tetapi perlulah berhati-hati jangan sampai tersalah memilih produk. Pilih la produk yang diyakini selamat dan sesuai dengan rambut awak. APA YANG MENYEBABKAN RAMBUT ROSAK ? 1) KERAP MENCUCI Kerap mencuci rambut atau pon terlalu kurang mencuci juga memberikan kesan yang besar. Jadi perlu berhati-hati menguruskan rambut. Jika terlalu kerap mencuci rambut sampaikan setiap kali awak mandi kena cuci rambut akan menyebabkan rambut kehilangan kelembapan dan menjadi kering. Malah, jika awak sangat kurang mencuci rambut pon akan menyeba

TIPS PENJAGAAN KAKI BAGI PENGHIDAP DIABETES

Image
Assalammualaikum. Hari ni Wafa nak kongsikan bagaimana cara untuk penjagaan kaki bagi penghidap diabetes. Gambar dibawah ini menunjukkan contoh kaki bagi pesakit diabetes. Tips Penjagaan Kaki Bagi Penghidap Diabetes 1) Periksa kaki setiap kali anda membuka kasut dan stoking untuk memastikan tidak terdapat kecederaan kecil atau tanda-tanda merah. Gunakan cermin untuk melihat bawah kaki anda. Jadikan rutin ini amalan harian anda. 2) Periksa didalam kasut anda sebelum memakainya dan pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu sempit kerana tekanan dari kasut boleh menyebabkan luka (pressure sore). 3) Jangan berkaki ayam ketika berjalan terutamanya ditepi pantai. Kaki yang kebas tidak dapat merasa atau mengesan objek walaupun ianya jenis tajam. 4) Jangan gunakan air panas untuk merendam kaki anda kerana kaki mungkin boleh cedera kerana deria rasa yang tidak sensitif. Jika terdapat kulit keras pada kaki (corns) maka jangan buang dengan menggunakan pisau, sebalikn

MASALAH RESDUNG TIADA LAGI KULIT KEMBALI PULIH

Image
Assalammualaikum. Pernah dengarkan masalah resdung membuatkan kulit muka bertambah teruk? Sehingga tiada lagi keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah resdung kini menjadi igauan mimpi ngeri kerana penyebab masalah kulit muka menjadi kronik. Ini cara mengatasi masalah jerawat resdung kronik. Ini kisah salah seorang pesakit jerawat resdung yang kronik. Dan ketahui bagaimana pesakit ini berjaya mengatasi masalahnya yang kronik ini. Assalamualaikum.. Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik. Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk. Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang maka

7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLIMEN

Image
Assalammualaikum. Untuk entry kali ini Wafa nak kongsikan kenapa kita perlukan supplimen. Tak cukup ke hanya makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kita beli dekat pasar tu? Penting sangat ke nak kena ambil supplimen bagai. Haa, banyak persoalannya kan. Ok, jom baca apa yang ada dekat bawah ni. 7 Sebab Kenapa Kita Perlukan Supplimen : 1) Kita sering terdedah dengan PENCEMARAN alam sekitar. 2) Badan kita memerlukan DOS yang TINGGI bagi sesetengah nutrien. 3) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin TERJEJAS dan TERCEMAR. 4) Mengamalkan gaya hidup yang TIDAK sihat. 5) Kebanyakan rakyat Malaysia makan MENGIKUT selera rasa. 6) GANGGUAN penyerapan nutrisi daripada makanan. 7) KEHILANGAN nutrien dalam makanan. Sekarang dah jelas kan kenapa tubuh badan kita perlukan supplimen? Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak ambil supplimen atau pon tidak. Tiada paksaan. Nak sihat dan cantik tu semuanya terletak pada pilihan kita. Yang penting usaha dan pastikan supplimen

BETUL KE SHAKLEE MESRA ALAM?

Image
Assalammualaikum.    Hai awak, sihat? Hari ni wafa nak kongsikan sesuatu kepada awak semua tentang Shaklee. Pernah dengar produk Shaklee sebelum ni?    Apa itu Shaklee? Suatu produk yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan yang bestnya mesra alam tau. Selain itu juga Shaklee ingin memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa saja.    Bila awak pilih Shaklee, ada 3 perkara yang awak tak ragui lagi. 1) SENTIASA SELAMAT Berasaskan alam semula jadi. Saintis Shaklee mencari diseluruh dunia untuk mendapatkan sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik. Dan terus menjalankan lebih 80 000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk. Setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Dijamin. Awak pon tak payah nak risau dah. Untuk pengetahuan awak juga, bahan yang TIADA  didalam senarai Shaklee ialah: -TIADA Parabens -TIADA Triclosan -