KULIT LEBIH CANTIK MAKAN TOMATO

Assalammualaikum.

Nak tahu rahsia awet muda? Rahsianya ialah makan tomato mulai hari ini. Kulit akan lebih terjaga dan semakin cantik berseri. Haa, suka kan?

kulit lebih cantik

Kumpulan pengkaji dari British Society for Investigative Dermatology dari gabungan Universiti Manchester dan Newcastle mendapati bahawa dengan makan lima sudu sos tomato setiap hari akan membantu memperbaiki tekstur kulit dan melindungi dari sinar ultra.

Kajian ini juga membuktikan bahawa tomato merupakan agen makanan yang sangat berkesan untuk mencegah penuaan malah bermanfaat kepada pesakit-pesakit kanser. Kandungan antioksidan didalam tomato iaitu likopen ini ditemui didalam tomato dan berperanan memberikan manfaat kepada kulit. Kandungan penting dalam tomato juga mencapai kepekatan optimum apabila dimasak dengan betul. Malah antioksidan itu juga akan membantu mengurangi risiko penyakit kanser prostat bagi lelaki.

Kesimpulannya, para pengkaji menyatakan zat antioksida pada tomato boleh memberikan perlindungan kepada kulit dari kesan negatif sinar matahari.

"Diet menggunakan tomato boleh meningkatkan tahap prokolagen dalam kulit secara tepat. Seterusnya ia akan meningkatkan lagi tahap pembaikan kulit yang telah mengalamai proses penuaan", kata ketua kumpulan pengkaji, Profesor Lesley Rhodes, ahli dermatologi di Universiti Manchester.

Macam mana best kan tomato ni? Nak kulit cantik mesti la kena usaha sikit. Bukan 2 atau 3 hari baru makan tomato dah mengadu tak ada kesan apa-apa lagi. Aduh, kena la sabar sikit dan teruskan makan tomato tu tanpa berhenti sehingga awak nampak kesannya sendiri. Wafa nak kongsikan lagi rahsia kecantikan kulit tau, boleh klik rahsia kecantikan kulit.

Healthy & Beauty,
-WafaWaffu-

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA LUKA CZER CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT CZER MINIMAL DAN CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT DAN LENGUH BADAN HILANG SELEPAS 3 MINGGU