TIDAK SEDAR JANGKITAN KULAT DI FARAJ

Assalammualaikum.

Kita tidak sedar lebihan lelehan di faraj boleh menyebabkan jangkitan kulat. Bahaya tau bila kita tidak merawatnya dengan segera. Jangan anggap lebihan lelehan di faraj tu perkara biasa.

jangkitan kulat di faraj berbahaya

Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh sejenis kulat Candida sp yang membiak di kawasan yang panas, lembap dan gelap. Jangkitan kulat bukanlah penyakit kelamin. Kulat ini muncul secara semula jadi di faraj semua wanita tetapi menimbulkan gejala klinikal bila persekitaran di faraj berubah.

TANDA-TANDA JANGKITAN KULAT

1) kegatalan pada vulva
2) discaj dari faraj ('white curdy discharge' atau seperti yogurt) tidak berbau.
3) pedih dan kemerahan pada vulva
4) pedih dan kemerahan pada faraj
5) sakit semasa hubungan kelamin
6) pedih semasa buang air kecil

FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK KEPADA JANGKITAN KULAT

1) kehamilan (memang biasa berlaku lelehan)
2) penyakit kencing manis (sumber gula yang tinggi)
3) antibiotik tertentu (spektrum luas)
4) steroid / ubat immuno-suppressive
5) jangkitan HIV
6) pakaian dalam nylon atau pakaian dalam terlampau ketat yang sekali gus menyebabkan kurangnya ventilasi ke bahagian genital. Wanita digalakkan memakai pakaian dalam kapas.
7) luka pada faraj akibat akibat kekeringan faraj semasa melakukan hubungan kelamin atau akibat penggunaan tampon.
8) penggunaan sabun mandi/ gel mandian/ cecair pencuci vulva/ douching dibahagian genital yang akan mengubah keasidan faraj. Oleh itu wanita digalakkan membasuh genital dengan AIR SAHAJA.
9) faktor-faktor lain seperti air mani dan darah haid yang boleh mengubah keasidan faraj.
10) stress yang boleh menyebabkan gangguan haid dan perubahan keasidan faraj.
11) anemia (kurang darah merah) menyebabkan kurang bekalan oksigen dan menggalakkan pembiakan kulat.
12) pengambilan kopi dan produk tenusu secara berlebihan boleh meningkatkan paras gula dan menggalakkan pembiakan kulit.

CARA ELAK JANGKITAN KULAT

Bagi mengelakkan jangkitan kulit berlaku wanita perlu :

1) mengelakkan penggunaan 'douching'
2) elakkan pakaian dalam nylon atau ketat
3) elakkan penggunaan tampon. Gunakan tuala wanita atau 'panty liner'
4) wanita digalakkan membasuh bahagian genital dengan air sahaja dan jika berlaku luka atau pedih boleh gunakan air garam sahaja.
5) jaga cara pembersihan bahagian genital dan dubur (dari depan ke belakang)
6) elakkan hubungan kelamin atau guna kondom sehingga semua gejala hilang.
7) pastikan bahagian genital dilap kering selepas dibasuh
8) pastikan pakaian dalam dikeringkan secukupnya selepas dibasuh.

Setakat ini saja perkongsian, jadi bila dah tau tu cegahlah ya.

Healthy & Beauty
-WafaWaffu-







Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA LUKA CZER CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT CZER MINIMAL DAN CEPAT SEMBUH

RAHSIA SAKIT DAN LENGUH BADAN HILANG SELEPAS 3 MINGGU