Posts

Showing posts with the label lelehan faraj

TIDAK SEDAR JANGKITAN KULAT DI FARAJ

Image
Assalammualaikum. Kita tidak sedar lebihan lelehan di faraj boleh menyebabkan jangkitan kulat. Bahaya tau bila kita tidak merawatnya dengan segera. Jangan anggap lebihan lelehan di faraj tu perkara biasa. Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh sejenis kulat Candida sp yang membiak di kawasan yang panas, lembap dan gelap. Jangkitan kulat bukanlah penyakit kelamin. Kulat ini muncul secara semula jadi di faraj semua wanita tetapi menimbulkan gejala klinikal bila persekitaran di faraj berubah. TANDA-TANDA JANGKITAN KULAT 1) kegatalan pada vulva 2) discaj dari faraj ('white curdy discharge' atau seperti yogurt) tidak berbau. 3) pedih dan kemerahan pada vulva 4) pedih dan kemerahan pada faraj 5) sakit semasa hubungan kelamin 6) pedih semasa buang air kecil FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK KEPADA JANGKITAN KULAT 1) kehamilan (memang biasa berlaku lelehan) 2) penyakit kencing manis (sumber gula yang tinggi) 3) antibiotik tertentu (spektrum luas) 4) steroid / ubat immuno-s

LELEHAN DI FARAJ NORMAL ATAU ABNORMAL

Image
Assalammualaikum. Wanita mengalami keluarnya lelehan daripada faraj itu normal atau abnormal? Jangan risau, itu perkara normal bila keluarnya lelehan daripada faraj.Setiap wanita mengalaminya. Yang menjadi berbahayanya bila lelehan tersebut adalah abnormal. Apa itu lelehan faraj? Menurut Dr. Komathy Thiagarajan, doktor perbidanan dan sakit puan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga serta Negara (LPPKN), lelehan faraj didefinisikan sebagai cecair yang keluar dari faraj yang mengandungi rembesan kelenjar-kelenjar pada faraj, serviks dan rahim serta sel-sel mati yang berubah-ubah dari segi konsistensi (pekat atau cair), warna (jernih atau keruh) dan bau (tidak berbau atau berbau). Semua wanita dalam usia reproduktif mengalami lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya yang berubah-ubah sepanjang tempoh kitaran haid bergantung pada paras oestrogen dalam darah. Lelehan normal - akan bertambah sekitar waktu s